Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Threesome yang Awesome...yeah3x


Lambat plak nak update blog nie...berita pasal kemenangan Malaysia pun dah nak lapuk tapi nak citer gak my experience masa game tu..boleh kan? hehehe...En AL pg stadium wei...menjadi seorang dari 85 000 kat Stadium Nasional Bukit Jalil..fuhh..bangga2 siot...:)
Pasnie tah bila ade lagi camnie. Seingat En AL last skali pegi stadium adalah masa perlawanan Setan Merah lwn  Malaysia je,Itu mmg pnuh mcm game haritu..hohohohoh.
Kalau tgk title blog nie, "Threesome". Perkataan baru ni..Sorry la pihak pencinta bahasa, saya terpaksa adjust ayat "Awesome"..Kenapa "Threesome" ?? Tak lain tak bukan kerana Malaysia menang lawan Indonesia 3 -0 dlm AFF Suzuki Cup. Result penuh klik la "Threesome".
Cayalah Harimau Malaya.

Nak tahu experience En AL. Just dgn gambar je dah cukup kot...:)

1) Ticket as proof En AL pegi stadium. RM 30 nie..kopak2..

2) Memberaturkan diri untuk masuk. Actually bersesak2..hahahha

3)Sblm game start..orang dah mula ramai

4) nyanyi " Negaraku, tanah tumpahnya negaraku..."

5) Ultra Malaya ?? Tq En Sabau n En Amad atas kesedian untuk tengok bola


6) Final result. Puas Hati.

En AL : Let's park the bus in front of our goal for the 2nd leg final..hahhahha

Read more...

Jom Kenal Pengasas Laman Web Sosial...:)

salam,

Dah lama rasenyer tak update blog nie...hoohoh....malas gler nak update kat blog yang tak seberapa nie.  

[START]
Hampir smua manusia dewasa or even bdk2 kecik ada satu  laman web sosial ataupun pernah mencuba laman web sosial nie. Giler kentang kan...hohoohoh...Bg En AL hanya mula kenal dengan rangkain sosial nie kat Universiti lu..lambat gler kan....

En AL pernah ada Friendster, MySpace, High 5, Tagged and Facebook je...Glerr....Tp sekarang yang active tinggal Facebook je..kesian kat account yang lain2 tu ek??huuhuhu...Nak try gak pakai Twitter tapi sape nak follow saya?

Jom usha pengasas smua laman web sosial ni :
1) Facebook
Diasaskan oleh Mark Zuckerberg dgn kawan2nya Eduardo Saverin, Dustin Moskotiv dan Chris Hughes. Mark Zuckerberg ini adalah pelajar Harvard yang telah menggunakan data utk student2 Harvard sebagai rujukan dia unruk mewujudkan Facebook nie. Sekarang nie, adalah antara orang terkaya kat dunia dan baru berumur 26 tahun..hohooho...Bagaimana diri anda pada umur 26 tahun??? Fikir2 kan lah..

2) Twitter
Diasaskan oleh Jack Dorsey . Lahir pada 19 Nov 1976 adalah seorang Software Designer dan ahli perniagaan. Dalam usaha untuk mengembangkan projek twitter ini dia telah berkerjasama dengan rakannya Evan William dan Biz Stone. Nilai Twitter sekarang dianggarkan bernilai RM 11.6 Billions. Kaya bukan??

3) Friendster
Diasaskan oleh 3 orang yang bernama Jonathan Abraham, Peter Chin, and Dave Lee in 2002 in California. Friendster menguasai dunia dengan jumlah pengguna lebih 90% datangnya dr Asia terutamanya Philipine, Indonesia and Malaysia.
En AL dulu selalu la cuba usha awek kat friendster tapi tak pernah berjaya.korang camner lak..:P

Sampai kat sini dulu la...Nak buat keje jap..Asalamualaikum..

En AL : Bila la nak pakai smart phone bila update status via.....hohoho. Asyik pakai handphone cap ayam je...:P

 

Read more...

Banyaknyer gol..hoohoho

Salam...hr ni cter pasal bola sepak...maklumlah demam bola " El Classico" baru je habis...hohoohoh..pada yang tak tahu apa itu " El Classico" pegi la google jap...:P

Final result : Barca 5 RM 0

Jom baca berita bola sepak yang lebih menarik kat bawah.
Source : KoSmO


Kelab bola sepak kalah 55-0

PENJAGA gol Madron FC, Gavin Hall mengambil bola yang masuk ke dalam gawangnya dalam satu perlawanan baru-baru ini.



LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.
Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi

En AL : Malaysia start main Suzuki Cup ptg nie...wish u luck...
Read more...

Kebaikan Solat..

Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.
FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah
FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk
FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan perbuatan ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk
FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa perbuatan rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat semula kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud
FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan perasaan ego dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud
FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua
FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud
FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

kredit to : isuhangat

En AL : Tq Allah. Moga say dapat melaksanakan dengan sempurna.
Read more...

Oh..Sebastian Vettel...Awesome !!!

Hohoohoh...jarang aku guna perkataan Awesome nie..hahahha...melainkan orang yang betul2 layak mendapatnya. Salah seorang yang layak adalah Sebastian Vettel..Siapa plak Vettel nie??

Dari pandangan mata En AL..
Sebastian Vettel (SV) the very2 awesome Formula One driver since Micheal Schumacher (MS) bersara dari dunia F1 walaupun tahun nie MS dah join balik race. MS sedikit kurang menyerlah with the new team Mercedez-Petronas. Very2 sad from En AL to MS. Vettel ni dh lama dianggap sebagai the next Schumacher cause of his nationallity and bakat. That's why, he also known as "baby Schumi".hehehe..

 FYI, Vettel nie baru je menjadi juara termuda formula one setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam last race kat Abu Dhabi, UAE. Thanks atas kesilapan dari teammate dia Mark Webber and World Champion 2x,Fernando Alonso.
Story pasal race semalam kat sini : Abu Dhabi

Top 3 Standing :
1) Sebastian Vettel (Ger)Red Bull 256
2) Fernando Alonso (Spain) Ferarri  252
3) Mark Weber(Aus) Red Bull 242

En AL : Vettel masuk LOTUS Racing la next year...Plzzz...hahahah ..:P

Read more...

Farid Kamil buat kesalahan besar dalam " Cuti Cuti Cinta"...:P

En AL baru sahaja tengak movie nie after dapat ticket free dari kawan En AL (ade ticket free baru nak tengok ek) hehhehe. En AL tengak citer ni kat midValley @ 7.30 PM. Ramai bdk2 pmpouan dlm wayang semalam. Ketawa bagai nak rak. bagi aku lawak biasa2 je...:)

Cuti Cuti Cinta Comment :
Macam biasalah cerita2 arahan En Ahmad Idham, ia adalah berkonsepkan ringan. Movie bermula dengan si Nora danish telah pegi ke satu pusat peranginan Morib utk melarikan diri dari tunang dia yang bermasalah. Kat sana dia terjumpa lah En Farid Kamil yang berkerja sebagai pencacai hotel. Farid Kamil ni lah yang melayan karenah Nora Danish sehinggalah terbit cinta. Huh, dah boleh agak kan cerita Melayu nie based on title je...:P

Dalam temph Farid Kamil nie melayan Nora Danish, mcm2 la lawak ringan + sex...hehehhe
Contoh : Scene nasi lemak 50 sen, nora danish tgk bontot farid kamil, watak cat farish ala2 pondan..hehhe
Kesimpulan : 3.5 /5 star.

P/S : Kecantikan Nora Danish terserlah and Farid Kamil buat silap dalam citer tu ?? Apa silap dia...jeng3x...

Ade ke patut dia kata Nasi lemak Nora Danis 50 sen...bkn la..itu Nasi lemak Sambal sotong + sambal Ayam..hahahha. Fikir2 kan, Selamat Beramal.

En AL : Nak makan nasi lemak..:P
Read more...

Good Luck - Malaysia Boleh

Bila berbicara pasal bola sepak Malaysia, mesti banyak cerita yang hendak di ulas. Kalau duduk dkt  kedai kopi..Oopps zaman sekarang orang lepak kat Oldtown White Coffee. satu jam pun tak cukup.Hohohoh...
Minggu lepas heboh pasal Piala Malaysia final.  Tahniah Red Warrior even aku orang Melaka je. Melaka sekrang ntah main liga mana yer..tak salah sekarang main Liga FAM.huuhuhu. 
Result final minggu lepas.

Negeri Sembilan (1) vs Kelantan (2)

"Gomo Kelate Gomo"

Sekarang nak citer pasal Malaysia National Team utk Sukan Asia. Watch out player yang terpilih :

Goalkeeper:
Zamir Selamat,Khairul Fahmi Che Mat
Defender :
Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas,Asraruddin Putra Omar,Faizal Muhammad,Norhafiz Zamani Misbah
 Midfielder
K. Gurusamy,Gary Steven Robbat,Fandi Othman,Safiq Rahim,, Amar Rohidan, S. Chanturu, Khyril Muhymeen Zambri, S. Kunalan
Striker :  Izzaq Faris Ramlan,Faizal Abu Baka,Ahmad Fakri Saarani,Nor Shahrul Idlan Talaha 

* merah merupakan pemain lebih 23 tahun

Tengak daripada list player, ramai yang aku tak kenal. huuhuh...Pluang memang agak tipis untuk menang coz yang main Sukan Asia nie smua nyer top2..hahahah..Anyway, Good Luck la.

En AL : Best XI - Fahmi-Norhafiz-Muslim-Asraruddin-Mahali-K.Guru-Safiz Rahim-Khyril Muhaymeen,S.Kunalan-NorShahrul-Ahmad Fakri

Read more...

Anak Sosilawati saman RM60 juta .Patut ke Tidak??

Anak Sosilawati saman RM60 juta


SOSILAWATI (tengah) bersama enam anaknya. Depan dari kiri, Erni Rineelawati, Erni Dekritawati Yuliana; belakang dari kiri, Erwan Suwari Rizuwan, Siti Nur Fatimah, Erni Erinawati Sofia dan Md. Erwan Nasri. 
 
 
 Malas nak komen takut terguris perasaan suspek, keluarga suspek, mangsa and keluarga mangsa.  
YOU DECIDE !!!
Source : Kosmo
 
SELINGAN :
Kalaula dapat kahwin dengan anak2 arwah Sosilawati nie, berhenti keje En AL..huhuhuhu...Kaya beb. Ya Allah, temukan lah diruku ini dengan  anak Sosilawati. Corecction : Dengan insan yang baik hati.uhuhuhuh.. Moga harta arwah ini diuruskan dengan baik dan usaha arwah membantu keluarga2 miskin dan juga membuat kerja amal diteruskan. Aminnn.
 
En AL :  Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan beriman. Al-Fatihah
 


Read more...

Hasbullah Awang kini Datuk..:)

Hasbullah dgn jejaka Malaya?? hahaha

Siapa tak kenal Hasbullah Awang mesti tak layan TV1 @ RTM ek . Giler otai atuk nie...@ last dapat anugerah Datuk dari Presiden FAM aka Sultan Pahang. Lepas nie kena panggil Datuk Hasbullah Awang la. Congratulations

Info Wiki: Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Aku tambah :
Datuk Hasbullah nie kalau ulas siaran langsung bola sepak Liga Super main hentam je ulas tapi yang bagus nyer dia siap tahu asal usul pemain itu sendiri. Contoh macam pemain Selangor Amri Yahya, dia mesti akan sebut berasal dari Tanjung Karang, anak seorang budak kampung, etc la..Siap details wei...tak caye tgk la TV1 @ Sabtu 8.30PM. Saya tak cakap bohong la. Kalau pengulas lain yang ulas game tu, mesti terbakar je darah dgr ulasan mengarut. Kalau Hasbullah ni, kira paling bagus la...:)


Bukti Hasbullah Dapat Anugerah Datuk:

Quote from : MSTAR
" Seramai 1,211 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena majlis tersebut termasuklah pelakon Datuk Mustafa Maarof yang menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP), Datin Rosnani Jamil dan pengulas sukan, Hasbullah Awang yang menerima DIMP di mana kedua-dua anugerah itu membawa gelaran Datuk"

Ok la nak kuar makan dah nie..." Kembali kita ke Angkasapuri" -Quote Datuk Hasbullah ..hahhaha...

En AL : Majulah Sukan Untuk Negara :)
Read more...

Oh ....Seronoknya!!!!

Oh ....Seronoknya!!!!....Malas nak ulas pepanjang. En AL dah mula gatal....hehehe :P

Gunting rambut tanpa pakai baju


GAMBAR menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita yang tidak memakai baju menggunting rambut seorang lelaki di salun Hotcuts, Sydney baru-baru ini.


SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.
Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.
"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.
Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut lelaki. - Agensi
Source : Kosmo

En AL : Sekalai gunting brapa hinggit la agaknya ni??
Read more...

Rooney Test Market Je..:P

Continue dari artikel pasal Rooney vs Ferguson.




Hampeh punyer Rooney...Dok memain lak..Kejap kata nak leaving Man U...tiba2 sign contract 5 tahun lagie smpai 2015...tp bagus la coz skrang ni MU dah tak de player yang btul2 star since abang Beckham and Ronaldo tinggalkan MU.Hahahah..padan muka Real Madras, Chel-shit and Jiran sebelah City coz decision by Rooney utk stay at United.

Yeah..Yeah...Yeah ...Glory Glory Man United..:)

Ayat2 Cinta Rooney n Tok Alex :

Rooney: 
“I’m signing a new deal in the absolute belief that the management, coaching staff, board and owners are totally committed to making sure United maintains its proud winning history -- which is the reason I joined the club in the first place,”



Ferguson :
“Wayne has apologised to me and the players. He will also do so with the supporters.


En AL : fans fanatik MU  siap bagi amaran dgn  banner tertulis "Sign For City And You’re Dead".Ade Bran Mr Wayne?? hahhahha..

Read more...

Interview PLV MARA

4.15 PM @ 19/10/10 - Kring, kring, kring....telefon aku berbunyi...telefon En AL jarang berbunyi..maklumlah single..hehhehe

Pemanggil : Assalamualaikum
Aku : Wsalam
Pemanggil : Esok encik confirm datang x?? Nama En terpilih untuk menghadiri interview esok
Aku : Oh..ye ke...jawatan ape ek?? kat mana? 
Pemanggil : Pegawai Latihan Vokasional (PLV) Elektronik..
Aku : Dekat mana??
Pemanggil :KKTM PJ. Nampak dari highway. En kena tengok kat website MARA, dah 3 minggu kluar senarai layak.
Aku : Oooooo
Pemanggil : Jadi tidak datang esok?Saya nak buat confirmation nie..
Aku : Datang2 lagipun saya duduk area KL je. Kena bawa2 ape??
Pemanggil : Pg tengak kat website MARA. Pkul 8 pagi tau
Aku : Mak aii..:)

Wahh, ini short notice nie...aku dengan slumbernya beranikan diri untuk pergi esok..

ESOKNYA la plak..

6 pagi, En AL dah bangun untuk prepare ape yang patut. "Google" sikit ilmu yang patut dipelajari mcm kod peirntang , tempat interview kt mana. Kemudian, En AL decide nak gerak awal sikit .kang tersesat senang cari.Perrghhhh....pusing punya pusing,En AL tak jumpa kat mana KKTM nie..puas la merayau kt Jalan Templer tu tapi tak nampak. Akhirnya decide utk tanya seorang brader kat Caltex. Dialah bagi direction cam mana nak kesana. Tgh2 tanya ada sorang lagi sesat gak tak jumpa KKTM.hahahah..Jadi aku pn gerak sama la dengan dia berpandukan arahan brader tu.TQ bro.

Smpi dalam around 8.15 am camtu ..Calon2 interview dah ramai.Dah start isi borang.tp i'm lucky coz ade orang lagi lambat dari aku..hehehe termasuklah buah hati saya Eah...mana ada la..itu class mate saya kt Uni dulu.Dia pun attend interview ni gak.Then, En AL pn isilah boring padahal ape yang ade dalam resume sama je ngan kat borang.Nak tak nak kena buat gak la. Lepas isi borang ader test kecenderungan ke kejujuran tah.Lupa plak tapi test tu 5 minit je dah siap.Sebab ?? Dah memang soalan tu jawapn dia tak de yang betul atau salah.hahahhah...

Pas habis buat soalan tadi , kena buat plak praktikal. Aduss..pening beb. Kena jawab 2 dari 3 soalan. Dah la lama tak menjawab soalan . habis hancus. Soalan tu kena buat calculation lu dan buktikan dengan litar secra praktikal..Pening kpala kejap tengak soalan tu. Soalan dh la susah kena guna nodal analysis la, lukis waveform la.pegang Osciloscope lagi...punyerla lama tak menyentuh Oscilloscope.Tak siap En AL buat semua soalan praktikal tu.rasa nak suh  balik je...

Belah petang pulak, ade sessi interview formal. Ikut turn.Sape datang dulu, diala interview dulu. En AL no 14. Lama gak la tunggu my turn. hehehhe..Masa dalam bilik interview, panel tanya soalan2 biasa je. Asal mana?/ kanapa nak keje MARA?? Kira bual2 kosong je la...Pas kuar nampak macam boleh dapat je..ntahla..hanya bertawakal..Actually,ramai lagi berkeupayaan terutama lagi dah memang stafff MARA.adus..guna kabel kot:).Interview En AL berakhir jam 6 petang. Bayangkan dari 8 pagi hingga 6 petang. Lama ek..Ksian.

En AL : InsyaAllah,moga dapat la jawatan nie..Aminn





Read more...

Eh, Melaka Dah Maju, negeri korang bila lak??

Akhirnya 20 Oktober 2010 at 20:10 hours, Melaka menjadi negara maju. Congratulations!!!
Setelah naik menyampah En AL tgk muka Tok Ali Rustam setiap hari kat Buletin Utama TV3. Melaka Maju pun akhirnya. Bangga gua beb sebagai anak jati Melaka.
Kini, Melaka sama taraf dengan London..hehehehe..:P. Tak payah kluar banyak duit pg melancong kt negara2 maju ni. Jom lawat Melaka.

Melaka = Paris = London lor...


Ciri2 Negeri/Negara Maju :
  1. * Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
  2. * Indeks Pembangunan Manusia (HDI)
  3. * Pendapatan Per Kapita
  4. * Status Negara Perindustrian dan Berorientasikan Perkhidmatan
  5. * Taraf Hidup yang Tinggi
  6. * Pengagihan Kekayaan yang Seimbang
  7. * Rakyatnya mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
  8. * Pengangguran yang hampir sifar
  9. * Menikmati pembangunan ekonomi yang tinggi dan pesat
  10. * Mengamalkan demokrasi dan pasaran ekonomi bebas
  11. * Tidak berlaku rasuah dan penyelewengan
En AL : Tanah tumpah ku Melaka..
 
Read more...

Rooney vs Ferguson


Bagi peminat Manchester United, perkara kat atas adalah suatu perkara yang paling merungsingkan. Apa tidaknya Rooney adalah one of the most influential player kt MU since CR7 melambaikan tangan cakap "bye-bye" kat pasukan merah nie. heheheh.Without CR7, MU still pasukan paling digeruni. Kalau kita tgk season lepas, Rooney berjaya mengisisi kekosongan CR7 walaupun tak sebaik CR7. 
So,Who's need Cristiano Ronaldo @ MU?? Dgr macam riak kan tapi dah memang CR7 tak nak main kat MU..nak buat camner..heheh..terima je la...:P

Balik pada story pasal Rooney, prestasi Rooney semakin merundum since World Cup @ South Africa hinggalah season baru nie. Hanya 1 Gol untuk United.Itupun gol penalty compare to the last season. masa mula2 hari tu ramai percaya, puncanya atas kehidupan sosial Rooney yang telah berubah antaranya ditangkap merokok oleh paparazzi kt Disco, melanggan pelacur ketika isterinya mengandung ( siap langgan 2 orang lagi tue...ehhehe)and sikap panas baran dia.

Latest, Rooney bergaduh plak dengan manager dia Sir Alex Ferguson pasal kecederaan ankle dia. Ferguson kata ankle dia masih tak ok and kena rehat 2-3 minggu sebab tu banyak match MU dia tak main. tapi Rooney jawab balik. I'm 100% fit. Apa kes??? hehehe...

Pagi nie tgk paper The Sun tulis "Wayne Rooney :I want to quit Manchester-United ". Betul ke?? Ferguson berani ke biarkan star dia tinggal kan MU..heheh....Ferguson nie kaki gaduh jugak tau and semua tindakan dia tepat dan dia tdiak menyesal...Apa2 pn ...kita tgk je la nnt...hehehe..:)
 
Ferguson vs MU Player :
1)  Jaap Stam - gaduh pasal autobiography Stam. Stam claim Ferguson nie sign dia secara tak sah tapi dinafikan Feguson. Stam cakap juga dlm buku dia yang Ferguson nie suh dapatkan penalti dengan menjatuhkan diri untuk game Champions League semi final .Lawan Juventus kot time tu. Juga dinafikan oleh Ferguson.
Padah : Di jual kat Lazio

2) David Beckham - berpunca dari kekalahan MU ke atas Arsenal. Ferguson telah memarahi team dia dan telah menyepak kasut "boot" lalu terkena kat handsome boy tu. bengang betul David beckham lepas accident tu
 Padah : Di jual ke Real Madrid

3) Roy Keane - tahula senior tapi jangalah buat kenyataan umum kat media pasal kelemahan team sendiri.
Padah : Ditamatkan kontrak

En AL : Siapalah yang layak ganti Alex Ferguson nie??



Read more...

New Delhi 2010 : Congratulations Malaysia.


Syabas buat atlet2 Malaysia apabila berjaya mencapai sasaran pingat.Oppps melapasi sasaran yang ditetapkan MSN. Hebat kan dia orang . Sasaran 10 pingat emas tetapi terlebih dua la plak.
To Zukhirman, emas yang lebih tu nnt kita jual ek..:P

Pencapaian terbaik negara di Sukan Komanwel:-
Juara Sukan Komanwel : Australia,
Malaysia - Tempat ke 7 :)

Wira Emas Negara


  • Amirul Hamizan Ibrahim - Angkat Berat (56 kg)

  • Aricco Jumith - Angkat Berat (62 kg)

  • Josiah Ng - Basikal Trek (Keirin)

  • Badminton (Berpasukan)

  • Nicol David - Skuash (Perseorangan Wanita)

  • Nur Suryani Mohammed Taibi, Nur Ayuni Halim - Menembak (10m Air Rifle Wanita Berpasangan)

  • Pandelela Rinong - Akuatik (Terjun 10m Platform)

  • Bibiana Ng - Menembak (10m Air Pistol Perseorangan Wanita)

  • Koo Kien Keat, Chin Eei Hui - Badminton (Beregu Campuran)

  • Elaine Koon - Gimrama (Apparatus Gelung)

  • Lee Chong Wei - Badminton (Perseorangan Lelaki)

  • Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong - Badminton (Beregu Lelaki)

  • *cukupkan 12 emas.kalau tak cukup cari sendirila..:P

    Kalau nak tgk senarai pemenagn pingat, tgk video ni.. Wira-Wira Negara

    En AL : TQ Delhi , Welcome Glagsow







    Read more...

    Rahsia Hons ?? Ramai yang tak tahu..


    Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.
    Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe

    1. 1 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “HAI”
    2. 2 x HON PENDEK – pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
    3. 3 x HON PENDEK – pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)
    4. 1 x HON PANJANG – pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
    5. 2 x HON PANJANG – pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE”
    6. 4 X atau lebih HON PENDEK – pemandu tu cakap ;
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :
    :

    “TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”
    Apek jual tilam daa..

    kredit to isuhangat,

    En AL : Teringat tilam kat asrama..banyak peta..:)




    Read more...

    Nenek Wook : Cinta Memang Buta...

    Isteri : Nenek Wook Kundur (108 tahun )
    Suami : Mohd. Nor Musa (38 tahun)

    Jurang umur tidak mematahkan nilai cinta seseorang.Sajeje font umur tu dibesarkan..lalalala.. Korang ada brani tak bercinta macam nie?? 70 tahun beza si suami dengan isteri. hehhehe...Harapnya si suami tidak mengambil kesempatan ke atas isteri dia. Nenek Wook ni dah berhabis harta dan wang ringgit yang begitu banyak demi untuk suami dia. Kesian kt Nenek Wook.

    Harap En AL punyer pasangan takdelah jurang macam nie..hehhehe...still single lagi tau.. Nak yang bergetah je ek... Jom baca story kt bawah.


    Wook lega suami bebas dadah





    MOHD. NOR memimpin tangan isterinya, Wook keluar dari mahkamah selepas dibebaskan di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


    HULU TERENGGANU - Tiada hari paling bermakna buat Wook Kundur, 108, melainkan dapat bertemu semula dengan suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengambil dadah.
    Wook yang dipercayai wanita tertua di Terengganu turut melahirkan rasa syukur kerana wang jaminan sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan untuk menjamin suaminya sebelum ini telah dikembalikan kepadanya.
    "Tok tidak pernah memusuhi Mohd. Nor kerana Tok tahu dia tidak bersalah.
    "Tok juga sangat bersyukur kerana dapat semula wang jaminan RM2,000 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kami berdua selepas ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
    Dalam keputusan semalam, Mahkamah Majistret membebaskan Mohd. Nor selepas didapati tidak bersalah menggunakan dadah ketika ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 12 Ogos lalu.
    Source : Kosmo

     En AL : Tapi kalau situation macam pemain bola sepak Aidil Zafuan dgn Rita Rudaini....En AL pikr 2x kot...:)


    Read more...

    Moto GP : Lorenzo, Rossi and Zulfahmi

    Semalam heboh manusia di muka bumi ini bercerita tentang tarikh yang istimewa 10 September 2010 @ 101010. Ada yang membuat majlis perkahwinan, bertunang, jamuan Hari Raya dan banyak lagi. Tapi bagi rakyat Malaysia, semua mata lebih tertumpu kepada perkahwinan Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muzafar dgn Dr Harlina.Siap ade live kt TV3 lagi....ape ke hal le TV3 ni buat siaran lagsung ek..penting ke?? .kah..kah ..kah... 



    Kembali kepada tajuk entry  Moto GP : Lorenzo, Rossi and Zulfahmi

      Rossi & Lorenzo

    1) Jorge Lorenzo :
    Siapakah?? bagi yang tak tahu ni adalah juara dunia @ World Champion utk season ni 2010 merampas takhta dari team mate dia..Siapa plak team mate dia?? Nnt korang tahu la..hahaha..:P..
    Lorenzo ni pelumba generasi baru. Sangat lah menyerlah walaupun dikatakan akan dibayangi oleh team mate dia kt dalam Team Yamaha Racing . Mendapat tempat 3 kat litar Sepang semalam tapi sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan setalah persaing terdekat Dani Pedrosa tidak berlumba hinnga hujung musim akibat kemalangan. Congratulation Lorenzo.


    2) Valentino Rossi :
    Menang la plak semalam kat sepang circuit. Tahniah jugak la...Inilah yang saya katakan team mate Jorge Lorenzo. Terkenal ngan no 46 kat moto dia. Ingat No 46 Ingat Valentino Rossi. Tahun ni dia agak kureng ckit coz kt pusingan ke brapa ntah dia terlibat dgn satu accident. Kaki beliau telah patah.Jadi,tgk je la orang lain berlumba..hehehehe.... dia ni lagi hebat,dah 6 kali kot World Champion .Dasat3x...hehehe. Tahun depan Rossi tukar team plak. join Ducatti plak..Proud of Italia..

    Abe Zulfahmi

    3) Zulfahmi Khairuddin
    Handsome tak ?? Ni adalah perlumba Malaysia hasil tajaan Air Asia yang berlumba untuk kateogari 125CC. Mula2 tu ingatkan cap ayam tapi leh tahan gak la dia ni..Dapat gak points Championship walaupun tak menang podium. Tapi semalam nasib dia x brapa baik. langsung x de point.heheheh...harapan Malaysia nie..Teruskan usaha anda. Mat Rempit sila contohi Zulfahmi yer..

    [Info] Di sebalik keghairahan 10 /10 /10. Salam takziah kepada mangsa kemalangan kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat. Semoga roh meraka semua dicucuri Rahmat. AL Fatihah.


    En AL : nak tggu tahun depan plak...harap ada ticket free..hahaha.. 


    Read more...

    Cubaan Pertama

    10 oktober 2010 :
    Dengan lafaz BismillahirahmaniRahim dengan rasminya En ALbertukar blog dari wordpress ke blogspot atas sebab2 tertentu yang tak dapat di elakkan. Post ini adalah cubaan pertama dari En AL. Ini tgh try application kt blogspot,rasa macam semuanya serba baru.maklumlah rumah baru...hehehehe..:Jadi dapatlah kiranya diberikan segala tunjuk ajar agar lbih berjaya,,Aminnn

    DULU
    Wordpress : http://hafizosman.wordpress.com

    KINI
    Blogspot : http://hafiz-osman.blogspot.com/


    En AL:  Btulke perubahan ini??

    Read more...