Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nenek Wook : Cinta Memang Buta...

Isteri : Nenek Wook Kundur (108 tahun )
Suami : Mohd. Nor Musa (38 tahun)

Jurang umur tidak mematahkan nilai cinta seseorang.Sajeje font umur tu dibesarkan..lalalala.. Korang ada brani tak bercinta macam nie?? 70 tahun beza si suami dengan isteri. hehhehe...Harapnya si suami tidak mengambil kesempatan ke atas isteri dia. Nenek Wook ni dah berhabis harta dan wang ringgit yang begitu banyak demi untuk suami dia. Kesian kt Nenek Wook.

Harap En AL punyer pasangan takdelah jurang macam nie..hehhehe...still single lagi tau.. Nak yang bergetah je ek... Jom baca story kt bawah.


Wook lega suami bebas dadah






MOHD. NOR memimpin tangan isterinya, Wook keluar dari mahkamah selepas dibebaskan di Kuala Berang, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Tiada hari paling bermakna buat Wook Kundur, 108, melainkan dapat bertemu semula dengan suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, yang dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengambil dadah.
Wook yang dipercayai wanita tertua di Terengganu turut melahirkan rasa syukur kerana wang jaminan sebanyak RM2,000 yang dikeluarkan untuk menjamin suaminya sebelum ini telah dikembalikan kepadanya.
"Tok tidak pernah memusuhi Mohd. Nor kerana Tok tahu dia tidak bersalah.
"Tok juga sangat bersyukur kerana dapat semula wang jaminan RM2,000 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kami berdua selepas ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Dalam keputusan semalam, Mahkamah Majistret membebaskan Mohd. Nor selepas didapati tidak bersalah menggunakan dadah ketika ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Pasir Tinggi dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 12 Ogos lalu.
Source : Kosmo

 En AL : Tapi kalau situation macam pemain bola sepak Aidil Zafuan dgn Rita Rudaini....En AL pikr 2x kot...:)

0 comments:

Post a Comment

HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
SUDAH BACA?? COMMENT LA SIKIT.
COMMENT ANDA AMATLAH DIHARGAI.TQ.