Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hannah Tan Kiss En AL wei....

Terperanjat kan.....
Biar benar Hannah Tan tu kiss kan En AL? Hannah Tan kenal ke En AL? Bercinta ke dia orang ?? Buang tabiat ke ? En AL tu sapa? Kaya ke? Handsome ke??....perggh, banyak betul soalan nak dijawab ni...penat ni kalau nak jawab satu2...Hohohooh...:P

En AL cakap betul la yang Hannah Tan tu ada kiss kat En AL...kat depan orang ramai pulak tu..Malu saya (walaupun bangga)..hehehhe.Mesti korang cakap mana buktinya tak? Tunjukkanlah kalau ada.....sabar2x...Kejap lagi akan disertakan bukti tau .Jeng3x....

Kenal ke ngan Hannah Tan (HT) korang nie? En AL pn tak brapa kenal..hehehehe. Hanya kenal melalui ruangan gossip dan dr sorang kawan En AL yang kemaruk kot ngan HT.HT ni seorang pelakon, pengacara dan penyanyi yang sangat lah sexy dan hotchick la kata orang..Pernah jadi cover gir magazine lFHM...hehehe...Tahu tak FHM tu ape??  kalau tak tahu, pegi google kejap..Sure lepas ni ngat terus dalam kepala otak apa itu FHM..hehehe.

Actually, HT kiss kat En AL(bkn En AL kiss kat dia). En AL sajeje kacau kawan En AL kat facebook. Dia ni setiap hari akan letak wall message kt page HT .Lalu En AL sajeje usik kawan En AL tu kat facebook..ngan comment yang mengarut la..ape lagi.....Top Top, bangun pagi esoknya, HT siap jawab comment yang En AL dgn kawan En AL tu kat wall dia..siap Mwah lagi...ngeh3x..Ituje la ceritanya..."Mwah tu la kissnyer"...Sekian.
Kalau nak kiss / tengok page HT yang cantik,sexy and seksa kat sini.

Bukti HT kiss En AL...ikutilah catatan saya...hohohooh...:)



En AL : Melakukan maksiat amatlah berdosa besar. Renung2 kan dan Selamat Beramal..
Read more...

First Lady yaww.....Datin Seri Rosmah Mansur

 Hi....sudah lebih 2 minggu kot tak update blog...dah nak bersarang dah blog nie...hahhaha...kali ni just nak citer masalah politik negara tp bukan pasal pilihanraya kecil Tenang atau Merlimau yer ....just perihal "First Lady" Malaysia....

 Phewitttt

 Lebih berkuasa dari Menteri Kabinet ??? En AL pn tak berani nak cakap coz tak brapa faham tentang portfolio kerja masing2...just pandangan peribadi sahaja yer..(kang kena tahan ISA plak).  

Satu contoh :Program PERMATA, tahu kan pasal program nie??  Utk kanak2 and  pelajar pintar... masalahnyer, apsal plak menteri pelajaran tak ulas langsung, asyik2 yang ulas "first lady" je .Siap masuk tv semua..hohohoh....Tak dinafikan program ni amat bagus tapi janganla sampai macam tu sekali.. Beri ruang kepada menteri pelajaran untuk turut ulas pasal program tu.Ni Asyik "first lady je"..Apa kes??

Masalah lain kat  "first lady" ni plak sesuka hati je nak ke luar negara. Baru2 ni beliau telah ke 3 buah negara Bangladesh, Oman dan Arab Saudi . Ke luar negara memanglah bagus tapi atas kapasiti ape? En AL pun tak pernah sampai Bangladesh tau...huuhuhu...Nak tahu jom baca ulasan berkenan lawatan tu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Sangatlah lawak..... "first lady" pn ade hak tau.

Kenyataan penuh

Lawatan Rosmah ikut peraturan – Rais

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.
“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Rais juga berkata, terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.
Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata, Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
“Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara,” katanya.
Rais berkata, adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.
“Kita perlu terangkan jika tidak akan ada yang beranggapan ini dibuat sesuka hati,” katanya.
Beliau berkata, secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara. – Bernama
source: utusan

Actually, byk issue "first lady" nie mcm issue bawa artis la, siaran melebih2 kt media tp En AL ulas dua yang kat atas je la yer..

Datuk Seri Najib Tun Razak tolonglah nasihatkan isteri tercinta nie.Jgnla involve sangat dalam  politik.Just jadi je macam Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir. Barulah peranan "first lady" tu nampak.....Menjadi pendokong kepada suami . Ini takk...Si suami pening dok diajak Anwar Ibrahim utk berdebat, dia plak tak de kt sisi suami dia...ish3x...

En AL: Datuk Seri Najib tunggu bini dia balik luar negara baru boleh berdebat, jadi Datuk Seri Anwar sila bersabar yer...:)




Read more...

Nak duit tak?? En AL bagi 1 Trillion kata Jutawan kan...:P

Duit Duit Duit...dimanakah ko duit...???
Sapa tahu mana tempat senang cari duit ek ...Tak pernah cukup la duit nie kan kan kan....hohooh..
Time dapat gaji je, rasa macam orang kaya skejap ..hahahha ..Mula2 niat nak simpan sebahagian dari duit gaji tu tp  pastu korek sikit2 dan habisla duit tu....Last2x, duduk la melopong nak tunggu hujung bulan balik...Padan muka  ye tak..hahhaha....:P

p/s : situasi di atas adalah normal bagi pekerja2x yang makan gaji + tak de claim langsung...makan basic je..( ini bukan En AL tau).hahahha..

Pernah tgk tak rupa 1 Trillion Dollar. Cuba korang bayangkan macam mana rupenyer. 
Boleh tak bayangkan macam mana bentuk nyer ni??? Fikirlah sekejap...:P
Kalau tak leh gak, jom layan entry dari kt sini. 
Credit to blogserius.

Ini rupa 100 dollar



Ini pula 10 000.




Ini pula 1 juta. Tak banyak bukan? Boleh diisi kedalam beg galas pergi sekolah




100 Juta......




1 Billion



dan ini....... 1 TRILLION. dayyum!



En AL : Dapat RM 1 millions je  dah cukup kan...tak yah dolllar2 ni...amin...ehheheh
Read more...

Takdir Dan Waktu tuuuuuuu

MEGA

Takdir dan Waktu?? ape tu....huhu...baru tgk iklan Juara Lagu TV 3 2011..ala yang Cheryl Samad jadi Cikgu kat dalam class suh Ally Iskandar tulis kat papan hitam soalan matematik tapi Ally Iskandar tak sampai sebab dia pendek. Lalu disuruhnya Faizal Tahir Ismail plak....uhuhuh..lawak la babak tersebut...credit to TV3.
Peminat Faizal Tahir , I'm sorry, typo error (konon).

Actually, entry kali ni bkn nak citer pasal AJL pun....tapi nak citer pasal lagu selingan dia iaitu "Takdir dan Waktu" dari Kumpulan Mega. Hasil garapan komposer Rahim Othman dan lirik oleh Juwie. Siap menjadi Juara Lagu pada tahun 1991. Congrats la yer...

Meletup wei lagu nie. Maklumlah zaman Rock Kapak dulu2....even sekarang pun En AL suka lagu "Takdir dan Waktu" nie. hoohohooh,Layan beb.:.....P
Sape pg karaoke,mesti ini adalah antara lagu favourite kan???...btul3x....tepat sekali tekaan En AL...puji diri sendiri la ni...:)

Hayati lirik dia + download yer lagu ni..Oppps...beli yang ori la bro...No more pirate2....:P
p.s : download klik sini
Lirik :

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

En AL : Takdir kan En AL dengan awek kaya boleh tak??? boleh bla la lu...dah la muka tak hnadsome pn En AL...(dalam hati kaciwa)...hahahaha 


Read more...