Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

First Lady yaww.....Datin Seri Rosmah Mansur

 Hi....sudah lebih 2 minggu kot tak update blog...dah nak bersarang dah blog nie...hahhaha...kali ni just nak citer masalah politik negara tp bukan pasal pilihanraya kecil Tenang atau Merlimau yer ....just perihal "First Lady" Malaysia....

 Phewitttt

 Lebih berkuasa dari Menteri Kabinet ??? En AL pn tak berani nak cakap coz tak brapa faham tentang portfolio kerja masing2...just pandangan peribadi sahaja yer..(kang kena tahan ISA plak).  

Satu contoh :Program PERMATA, tahu kan pasal program nie??  Utk kanak2 and  pelajar pintar... masalahnyer, apsal plak menteri pelajaran tak ulas langsung, asyik2 yang ulas "first lady" je .Siap masuk tv semua..hohohoh....Tak dinafikan program ni amat bagus tapi janganla sampai macam tu sekali.. Beri ruang kepada menteri pelajaran untuk turut ulas pasal program tu.Ni Asyik "first lady je"..Apa kes??

Masalah lain kat  "first lady" ni plak sesuka hati je nak ke luar negara. Baru2 ni beliau telah ke 3 buah negara Bangladesh, Oman dan Arab Saudi . Ke luar negara memanglah bagus tapi atas kapasiti ape? En AL pun tak pernah sampai Bangladesh tau...huuhuhu...Nak tahu jom baca ulasan berkenan lawatan tu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Sangatlah lawak..... "first lady" pn ade hak tau.

Kenyataan penuh

Lawatan Rosmah ikut peraturan – Rais

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.
“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Rais juga berkata, terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.
Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata, Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
“Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara,” katanya.
Rais berkata, adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.
“Kita perlu terangkan jika tidak akan ada yang beranggapan ini dibuat sesuka hati,” katanya.
Beliau berkata, secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara. – Bernama
source: utusan

Actually, byk issue "first lady" nie mcm issue bawa artis la, siaran melebih2 kt media tp En AL ulas dua yang kat atas je la yer..

Datuk Seri Najib Tun Razak tolonglah nasihatkan isteri tercinta nie.Jgnla involve sangat dalam  politik.Just jadi je macam Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir. Barulah peranan "first lady" tu nampak.....Menjadi pendokong kepada suami . Ini takk...Si suami pening dok diajak Anwar Ibrahim utk berdebat, dia plak tak de kt sisi suami dia...ish3x...

En AL: Datuk Seri Najib tunggu bini dia balik luar negara baru boleh berdebat, jadi Datuk Seri Anwar sila bersabar yer...:)



3 comments:

syafiqsulaiman said...

baek2 bang..
x pasal2 nanti ko kene pape plak..
hehehe..

Anonymous said...

ooo...baru aku tau cite sebenar nape najib xnak lawan debat..heehee

En AL said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
SUDAH BACA?? COMMENT LA SIKIT.
COMMENT ANDA AMATLAH DIHARGAI.TQ.