Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

"KL Gangster " tak lah segangster mana pun...

 " KL Gangster " tak lah segangster mana pun ??huhuhuhu....Sebelum En AL nak start , tahniah diucapkan kepada Skop Production cos filem mereka "KL Gangster" melepasi RM 11 juta beb...Tak caye boleh la tgk kat sini. Filem tempatan paling tinggi kutipan ticket dalam sejarah negara. Sebelum ini kalau tak salah En AL, filem " Ngankung" or "Adnan Sempit" mendapat pulangan kutipan tertinggi. Hopefully pasni Skop Production atau mudanhyer Datuk Yusof Haslam dan anak terunanya Shamsul Yusof mencontohi sikap David Teo dengan berkongsi kejayaan ini dan tidak makan sorang..huhuuhu...En AL pun belum tengok lagi criter nie, so bukan lah penyumbang kepada kejayaan filem ini. En  AL tgk trailer je..tgh tggu download free from  lanun2 Malaya. Jgn contohi yer, cintai filem kita. Bak kata pepatah "Filem Kita, Wajah Kita"...ceh...;p





Kembali pada tajuk entry yer, sebelum ini heboh pasal isu ' Pekida Mahu Saman Syamsul Yusof dan Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka '.
Yang  En AL faham mungkin sebutan2 seperti Abang Long, Ayahanda dll yang terdapat dalam filem itu. Difahamkan ia telah mengguris perasaan PEKIDA atas penggunaan kod rahsia mereka itu. Mengikut sumber yang entah tentu betul atau tidak, "Ayananda" adalah gelaran pemimpin bagi PEKIDA, manakala "Abang Long"  adalah gelaran bagi ahli yang telah mencapai sesuatu 'tahap tertentu' dalam persatuan itu. Wallahualam...



Sebelum ini, pihak PEKIDA ada meminta pihak " KL Gangster" dan "Kongsi" untuk meminta maaf secara terbuka atas pengunaan isyarat "hak milik PEKIDA " dalam filem mereka tetapi Datuk Yusof, Shamsul, David Teo dan Farid Kamil enggan meminta maaf atas alasan ianya secara kebetulan dan filem mereka adalah filem rekaan. Tidak ada kena mengena dengan PEKIDA. Mereka berkeras untuk tidak meminta maaf dan secara ilmiahnyer memang meraka tak bersalah tapi.....


PEKIDA tetap PEKIDA,.... " KL Gangster" yang kononnyer gangster pun tak lah segangster mana pun....Akhirnya satu musyawarah telah diadakan diantara SKOP Production dan pihak PEKIDA. Di majlis itu, Datuk Yusof ,Shamsul dan para pelakon KL Gangster telah meminta maaf ke atas PEKIDA atas kesalahan mereka dan menganggap mereka salah faham.

Pengerusi PEKIDA Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman dalam majilis itu telah menyatakan isunyer adalah pengunaan bahasa seperti ayahanda dan abang long  dalam filem itu yang menyebabkan mereka berang kerana seolah2 memperlekehkan persatuan mereka.Itulah adalah 'main point' kenapa mereka sangat marah.Selain itu, pengerusi PEKIDA WP ini juga menganggap  filem Kongsi lebih mempermainkan PEKIDA berbanding KL Gangster dan menanti Farid Kamil untuk meminta maaf sebelum apa2 tindakan dikenakan terhadap Farid Kamil (silah lihat video dibawah ).


Video Musyawarah PEKIDA dan SKOP Production






Itulah je entry kali ini....En AL bukan ahli PEKIDA pungggg...
Just menyokong tujuan asal PEKIDA tetapi ramai telah menyalahgunakan PEKIDA ini dan lari dari matlamat asal...Kepada semua especially ahli PEKIDA, jom kita nasihat menasihati...
P.E.A.C.E Yo.....


En AL : Amal Makruf, Nahi Mungkar

1 comments:

Zuzus said...

tahniah en AL! sbb tak terpengaruh dgn fatwa kaum beruk... (mcm pernah dgr? )

Post a Comment

HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
SUDAH BACA?? COMMENT LA SIKIT.
COMMENT ANDA AMATLAH DIHARGAI.TQ.