Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju [Berbaloi-baloi]


Harga Burger(sila zoom)

Address : Seksyen 2, Wangsa Maju (Jalan 4a/27a), Wangsa Maju, Kuala Lumpur 53300 


Kalau dah nama "kaw-kaw" tu mestilah best kan. Macam kita order air kat kedai mamak ke kedai kelantan ke... mesti selalu gak la kan kita order air kat kedai tu, Milo Ais "Kaw" satu. Itu baru satu "kaw". Bayangkan plak 'kaw-kaw", mesti lagi sedap. Tak gitu!!! hehehe...

Teori "kaw" di atas adalah direka oleh En AL. En AL sendiri tak tahu macam mana boleh wujudnya perkataan "kaw". I'm try google and jumpa mana asal perkataan ni di kamus. Ntah betul ke tidak la kamus tu.."kaw-kaw" bermaksud sedap/ada umphh. Boleh tgk kat sini.

Btw, kali ni nak citer pasal tempat makan best!!. Mana lagi kalau bukan nama tempat dia Burger Bakar Kaw Kaw. Kedai ni adalah berada di Wangsa Maju. Dekat2 dgn LRT Wangsa Maju. Nak tahu exactly direction kedai tu boleh refer map kat sini.

En AL sampai dalam pukul 6.30 petang dan cuba untuk mencari mana lokasi Burger Bakar ni. Cari punyer cari, nasib jumpa. Untuk pengetahuan parking kat sini agak susah, jadi sendiri mahu ingatla. Tapi tak kisah pun kan jalan kaki jauh ckit..hehehe..

sesi memberaturkan diri

Sedikit info pasal kedai ni, dia orang bukak order burger2 dia orang ni, jam 7.45 malam. Jadi, agak lama gakla En AL tunggu untuk diambil order. Nasib ade kerusi, kalau tak mahu kejang kaki. heheheh...Nasihat En AL, kalau nak datang, jangan awal sangat dan juga jangan la lewat sangat. Kalau lewat memang panjang la korang beratur. Jadi manage la masa korang. Jangan lak smpi tak solat maghrib nnt. Sekadar peringatan.

En AL dapat no 14 pada hari tu, tak dapat plak nak dibayangkan orang lain yang masih beratur, ntah brapa plak no dia dapat..heheheh..Kita orang order burger ayam + burger
double daging. Biar beratur panjang tapi hasil dia berbaloi-baloi.

Jom makan burger kat bawah ni..hhehehe

Burger dimasak and dibakar

Burger Ayam

Burger Doube Daging

Recomendation from En AL, order la burger daging. Sedappppp...tak mahal pun satu set rm 10 kalau nak ala carte baru RM 7.50.Enjoice..!!!
Kalau kuat makan, leh try pecahkan rekod kat situ.sekali makan smpi 7 keping daging..mak aii...tak tahu plak dpt hadiah ape lak kalau berjaya pecahkan rekod..heheehe

En AL : Surau terdekat adalah di kedai mamak. Sementara beratur tu bolehla pg solat jap..:)

6 comments:

Zuzus said...

pergh...ko sj kasi bakor...nampak mcm nafsu mkn mmg besar la klau order 7 tingkat tu...weee.....

Alwanez said...

Wahhhh tak penah dengar burger bakar, first time dengar and first time tengok orang beratur beramai2 beli burger local camnih..slamat jalan mekdi.hehe

En AL said...

Zuzus: laki ko mesti tak leh pg sini...bratur lama...wahahhaha
Wanez: yess..right...selamat tggl mcD..ehhehehe

Zuzus said...

En AL: cisss.....
Alwanez: kzue dah gitau Pinat, kat seksyen 7 pun ada kedai burger..burger besar...yazid burger...cer gugel..

мyΞ'™ said...

weyh..ak x jumpeee ponn!!!!

En AL said...

area2 LRT wangsa maju la

Post a Comment

HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
SUDAH BACA?? COMMENT LA SIKIT.
COMMENT ANDA AMATLAH DIHARGAI.TQ.