Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Why Always MALAYSIA??

Salam,
Tajuk entry macam pernah tengok je kan...hehehehe. Ingat Mario Baloteli, anda pasti akan tahu pasal "Why Always ....". hari yang patut dilupakan dalam sejarah.hehehheh
 BTW, entry bertajuk "Why Always Malaysia" ini adalah ditujukan kepada team Harimau Muda yang berjaya memenngni pingat emas Sukan Sea 2011. Seluruh rakyat Malaysia berdebar...hehehhe.

Keputusa akhir semua telah mengetahui. Bangga En AL, Bangga Jiran Sebelah Umah, Bangga Mak Cik Kantin,Bangga Najib Razak and at last tak dilupakan semua Rakyat Malaysia berasa bangga. Berbaloi2..


Bagi sesetengah pihak, pingat Emas Bola Sepak umpama memenangi 200 pingat emas dan ia sangat berharga bcos of :-
#Sukan No 1 Di Dunia
# Sukan No 1 Di Malaysia.

 HIGHLIGHT Final Sukan Sea 2011. [MALAYSIA vs INDONESIA]

Read more...

Malaysia 3rd Gold Medal in Sukan Sea Indonesia 2011

Wahhh...kali ini tajuk entry En AL agak panjang, Malaysia 3rd Gold Medal in Sukan Sea Indonesia 2011.hehehe. Harap2 entry ni berjaya la mengalahkan entry lain. Dah la blog tak popular, ade hati konon nak jadi blog popular..hehehehe.

Back to the entry, kali ini En AL nak citer paal kejayaan seorang kawan En AL. Baru sahaja ditabalkan sebagai pememnang pingat emas Sukan Sea 2011. Dia ini kawan En AL masa kecil, kira orang kampung En AL la. Dulu masa kecik2, selalula main guli sesama, main bola sepak sesama..Dia ni berbangsa Cina. Masa dulu2, siap buat pertandingan lawan bola sepak tu antara dia versus dengan kita orang iaitu Cina versus Melayu. Nak kata rasis kat kampung tu takdela, tapi Cina ade geng dia tersendiri, melayu ade geng tersendiri. So, lawan la bola sepak.
kekadang Melayu kalah, kekadang Cina kalah. heheheh


Read more...

Ashiteru Cover by Budak Lutut Band..;p

Assalamualaikum....
Lama dah tak update blog, kali ni update simple je...pasal lagu Ashiteru by Zivilia Band. Mesti ramai dah dengar kan lagu ni..Mmg layan jiwang betul...hoohohoh..
Nak dijadikan criter ketika kami tiada kerja, kami telah buat kerja giler dengan cover lagu Ashiteru pada jam 1 pagi (mampus jiran sebelah rumah marah).dah la depa nak tido, kita orang memekak lak...esok tu hari isnin kot....ehhehe...

Walaupun suara tak sedap,kami nyanyi  kejap laju,kejap perlahan, kami tetap berharap nak jadi macam Najwa Latif...kah..kah...kah...;p 
Mintak2 ade la Ajai ke, Aubrey Suwito ke tengok bakat kami..hehehe...Dengan kekurangan alat muzik ,maka kota pringgles dgn playar pn jadi alat music...huhuhuuh...gller creative...:)

Read more...

Twitter : Hafiz_Osman ----> Jom follow saya

Dalam keboringan En AL, asyik buka facebook je, kali ini En AL berpeluang untuk mencuba Twitter.Nak follow En AL, jom la cari nama En AL kat sini , Hafiz_Osman pastu kalau nak berkenalan tweet la nama En AL ek...huhuh...:)

Actually, En AL pun tak brape faham camner nak guna but in my personal facebook lagi best kot. Maybe sbb dia senang nak digunakan. dan EN AL perlu lebih belajar pasal twitter kot...


Read more...

Esklusif : Murid Melayu Islam: “Ya, Saya Tahu Nabi Isa Sayangkan Saya…”

Salam Ramadan,
Kali ini entry copy and paste. Sedikit panjang dan saya rasa tidak ramai akan membacanya. Walaubagaimanapun, En AL tetap ingin meletakkan diblog ini.Luangkan lah sedikit masa anda untuk membaca entry ini. Tak rugi pun.
Jom selamatkan ISLAM..


PENDEDAHAN yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Read more...

Vote for Palestine in Google Earth

Salam Ramadan,



Kali ini entry nak mintak tolong semua untuk vote negara Palestine for Google Earth. Pihak Google ingin menamakan kawasan map Palestine dgn Israel dengan hanya satu nama sahaja dan jika Israel menang akan lenyapla Palestine kat dalam peta. Perlu diingat pengaruh Google terhadap dunia, sangatlah besar.
Kebanyakan dari kita akan menjadikan Google sebagai rujukan. If no Palestine, Israel akan menjadi bangga dengan kejayaaan mereka.

Read more...

[Video] Bang Bang Boom - Fida Pantene dan Zuan Melodi

Bang Bang Boom - Fida Pantene dan Zuan Melodi sangat lah lawak untuk episode ini. Mana taknyer, En AL hampir2 terkena dengan mainan dia orang dalam segment Bang ni, dia orang telah mengenakan berpakat  dengan Fida untuk mengenakan Zuan. Kenal tak Zuan???Ala yang wartawan Bikin Panas dalam rancangan Melodi tu. 

Korang kena tengok Episode 1 & Episode 2 segment Bang ni tau, jangan termiss plak sbb kalau tak tgk episode 2, macam-macam tekaan yang memburukan keadaan akan berlaku atau dengan simple
wordnyer fitnah. hehhehe...Itu yang comment kat fb, paper,twitter semua mengutuk Bang Bang Boom coz just tgk Episode 1 je...
Video kat bawah....ehhehhhe:)

Synopsis Episode 1

- Rombongan meminang datang, diketuai oleh brader "Bang Bang Boom" ke rumah Fida dengan berpakaian lengkap Baju Melayu dan hantaran.
- Segmen berbalas pantun (standard lah adat Melayukan)
- Pihak lelaki bertanya "avaiabilty" Fida..
- Fida malu - malu untuk beri jawapan (jawapan Fida di video). Banyak babak lawak after Fida beri jawapan.hehehe

- Layan video Episode 1 untuk kepuasan..



Synopsis Episode 2
- Sambungan dari Episode 1
- Fida menangis kerana dipermainkan, ingin kan penjelasan
- Zuan merasa bersalah dan mengajak mereka berbincang diluar.
- Monyet bang bang Boom muncul..hehhee
- Rahsia bocor...:P
- Layan video Episode 2 untuk kesimpulan.


En AL : Fida ni sangat cantik. En AL berkenan... PM me kalau fida baca yer...ehhehehe.


Read more...

Google+ ----> let's get invitiation

Salam...sajeje nak criter pasal Google+ and nak share dgn korang supaya korang dapat test gak Google+.
fyi, Google+ ni masih belum "direlease" kan lagi secara offiicial oleh pihak Google and En AL baru je try test cuba Google+. Blum habis explore pun lagi. baru letak profile pic je..heheheh...
En AL punyer Google+ kat bawah...hohoohoh 


Jom recap :
Friendster vs Myspace ---> MySpace ( Winner)
Myspace vs Facebook ---> Facebook ( Winner)

Read more...

Bruce Lee mati and Silat better than Kung Fu ??

Pernah dengar la story pasal Bruce Lee mati coz berlawan dgn Guru Silat masa skolah2 dulu tapi tak sure plak btul ke idak?? kalau yang tak tahu, jom baca criter kat bawah...En AL baca kat sini tadi (Tengku Nizam), dapatla serba sedikit info...:)

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.


Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.


Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.




Read more...

"KL Gangster " tak lah segangster mana pun...

 " KL Gangster " tak lah segangster mana pun ??huhuhuhu....Sebelum En AL nak start , tahniah diucapkan kepada Skop Production cos filem mereka "KL Gangster" melepasi RM 11 juta beb...Tak caye boleh la tgk kat sini. Filem tempatan paling tinggi kutipan ticket dalam sejarah negara. Sebelum ini kalau tak salah En AL, filem " Ngankung" or "Adnan Sempit" mendapat pulangan kutipan tertinggi. Hopefully pasni Skop Production atau mudanhyer Datuk Yusof Haslam dan anak terunanya Shamsul Yusof mencontohi sikap David Teo dengan berkongsi kejayaan ini dan tidak makan sorang..huhuuhu...En AL pun belum tengok lagi criter nie, so bukan lah penyumbang kepada kejayaan filem ini. En  AL tgk trailer je..tgh tggu download free from  lanun2 Malaya. Jgn contohi yer, cintai filem kita. Bak kata pepatah "Filem Kita, Wajah Kita"...ceh...;p





Kembali pada tajuk entry yer, sebelum ini heboh pasal isu ' Pekida Mahu Saman Syamsul Yusof dan Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit Melalui Filem Mereka '.
Yang  En AL faham mungkin sebutan2 seperti Abang Long, Ayahanda dll yang terdapat dalam filem itu. Difahamkan ia telah mengguris perasaan PEKIDA atas penggunaan kod rahsia mereka itu. Mengikut sumber yang entah tentu betul atau tidak, "Ayananda" adalah gelaran pemimpin bagi PEKIDA, manakala "Abang Long"  adalah gelaran bagi ahli yang telah mencapai sesuatu 'tahap tertentu' dalam persatuan itu. Wallahualam...

Read more...

Anonymous ? Siapakah Mereka ?? Kesan Anonymous..

Sekumpulan hacker yang mengelarkan diri Anonymous telah muncul untuk memberi amaran pada kerajaan supaya menghentikan perkara bodoh menyekat web hosting.Sila lihat entry SKMM buduss. En AL sangat berpihak kepada Anonymous walaupun cara mereka salah even  matlamat tidak menghalalkan cara. Sesuka hati menyekat hak asasi rakyat dalam kemudah Internet. Kerajaan Malaysia memang sangat kelakar ok.



Jom kita usha siapakah Anonymous, nak like page facebook pun boleh kat sini.........

Apakah Anonymous ?

Read more...

Jawapan SKMM berkenaan isu block hosting sharing

Ape punyer bebal la SKMM ni nak pegi block plak hosting2 sharing kat Malaysia nie. Heboh kat orang kampung pasal Jalur lebar . Laju la, stabil la ...tp last2 tak kasi orang download...budusss tak ??
Malas nak kutuk lebih2..kang kena ISA plak..mampus En AL...hoohoh.

Jom baca kenyataan media SKMM :

SKMM: Sekat laman web bukan penapisan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan penyekatan beberapa laman sesawang pada akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan.

Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.

Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
  • MegaUpload.com
  • FileServe.com
  • DepositFiles.com
  • FilesTube.com
  • Warez-BB.org
  • Movie2k.to
  • MegaVideo.com
  • PutLocker.com
  • DuckLoad.com
Menurut SKMM lagi pihaknya telah memaklumkan penyekatan ini kepada pemegang lesen yang berkenaan dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.

Copy from sini

En AL : Walaupun ade banyak penyelesaian untuk kes ini, tapi apa erti kebebesan jika semua disekat??
Read more...

Jose Mourinho in Red ??


Tajuk besar macam ape ntah..huhuhu...Jose Mourinho in Red ? Serius ke ?? Alex Fergusom dah retired ke??? hahahha...Kalau anda percaya diri anda semua dah kena tipu...Ia hanya la orang yang serupa dengan Jose Mourinho. Nama sebenar dia adalah Nacho tapi saling tak tumpahkan dengna Jose Mourinho. Dalam dunia ini kalau tak salah ade 7 orang yang muka dia seiras dengan kiter. En AL tak pernah jumpa lagi la yang muka seiras tapi kalau nama hampir2 sama itu pernal jumpa.uhuhhu

Jom lihat Mourinho kat Stadium Wembley  kat video bawah ..:p


Jom lihat Mourinho kat Stadium Wembley  kat video bawah ..:p

En AL :  Mourinho next at Old Trafford??
Read more...

Paul Scholes - He can pass, he can tackle, he can scores..

He can pass, he can tackle, he can scores..

Hari ini 31 may 2011, seorang lagi product dari Manchester United telah mengumumkan persaraan dia dari arena sepak terajang. Selepas ex captain Manchester United, Gary Neville meraikan persaraannyer dengan testimonial match bersama dgn Juventus, kini giliran Paul Scholes pula. Testimonial match untuk Scholes ini akan diadakan pada bulan Ogos tahun ini. 

Paul Scholes adalah salah seorang product terbaik Manchester United yang amatlah dibanggakan sehingga player barcelona berebut2 nak swap jersey dengan dia ini masuk final Champions League. Last2x, Andre Iniesta yang dapat .hehhehe. 

Jom kita tgk quote yang menarik tentang Paul Scholes nie...
The Truly Legend...:)

"To be honest I think England have lost their best player. Certainly he's the most consistent and naturally gifted player we've had for a long, long time"

-United's greatest ever player, George Best, reacts to the midfielder's retirement from international football in August 2004.-

 "He's always one of those people others talk about. Even playing at Real Madrid, the players always say to me 'what's he like'? They respect him as a footballer, and to have that respect from some of those players is great"

-David Beckham reveals that even the Galacticos of the Bernabeu were astonished by Scholes' ability.-

"Everyone of us should emulate him. We can all learn from Paul Scholes"

-Dutch superstar Edgar Davids was a well-known admirer of the Manchester United man.-

My toughest opponent? Scholes of Manchester. He is the complete midfielder. Scholes is undoubtedly the greatest midfielder of his generation"

-The legendary Zinedine Zidane pays tribute to United's creative catalyst-

"He has an awareness of what’s happening around him on the edge of the box which is better than most players. It doesn’t matter who I am thinking about bringing into my midfield, Paul Scholes will be included, as he would in any side in the world"


-Sir Alex Ferguson explains what set Scholes apart.-

"He is the one whose level I aspire to. He is the best player in the Premier League"

- They may have been rivals but even Cesc Fabregas can't deny the Ginger Prince's greatness.-

"Paul Scholes would have been one of my first choices for putting together a great team - that goes to show how highly I have always rated him. Scholes is a player I have always liked, because he combines great talent and technical ability with mobility, determination and a superb shot. He is an all-round midfielder who possesses character and quality in abundance. In my opinion, he's been one of the most important players for United under Sir Alex"

-One of the game's great managers, Marcello Lippi, waxes lyrical about United's No.18.-

"Sad to hear Paul Scholes is retiring, what a player! Top class and a great role model for any young #English midfield player!"

-Arsenal's Jack Wilshere echoes the sentiments of United fans across the world via his Twitter.-

"He is a legend and he's going to be remembered for a long time. Just to play alongside him and learn from him has been an absolute pleasure. I think he is a footballer's footballer"

-Midfield partner Michael Carrick admits his luck in having lined up alongside the great man.-

In the last 15 to 20 years the best central midfielder that I have seen — the most complete — is Scholes. I have spoken with Xabi Alonso about this many times. Scholes is a spectacular player who has everything. If he was Spanish then maybe he would have been valued more"

-Xavi admits that he and his World Cup-winning team-mates are in awe of the Red Devils midfielder.-


"I wouldn't swap Paul Scholes for anybody. He is quite simply the most complete footballer I have ever played with. He is the best"

-Long time team-mate Gary Neville doesn't think that anybody was comparable to Scholes-

Paul Scholes is my favourite player. He epitomises the spirit of Manchester United and everything that is good about football"

-The first ever United captain to lift the European Cup, Bobby Charlton, sums Scholes up in a couple of sentences.-


"I am not a man of many words but I can honestly say that playing football is all I have ever wanted to do. To have had such a long and successful career at Manchester United has been a real honour. To have been part of the team that helped the club reach a record 19th title is a great privilege"

-The man himself on retiring from playing-

copy from Goal.com.

En AL : Tinggal Ryan Giggs je la sorang2 main..huhuhuh

Read more...

Champiosn League Final 2011 : Barcelona vs Manchester United

It's a D- Day for both club either Barcelona or Manchester United. I'm a big fan of Manchester United. Hopefully today match will enough to Manchester United to proof as the best club in Europe for 2011.
I'm predict today match won by manchester United 2-0.Goal score by Chicarito and Rooney..hoohoh. :)
That's all for today for updates.

- In United, We Trust-

Read more...

[Chord Guitar ] Terhenti Disini - Asfan

Hasil dari entry sebelum ini iaitu Asfan -Terhenti Disini , sorang kawan En AL telah bersusah payah mencari chord gitar untuk lagu nie. Katanyer tak banyak chord lagu nie kat internet. So, En AL kongsikan la hasil titik peluh dia.  En AL tak reti pn main gitar...hohohoh
TQ Mr Doe for your effort.

G#m F# B
Sedangku membaca wajahmu
G#m F# B
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
G#m F# B
Jika kau fahami isi hatiku
G#m F# B
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

CHORUS
E B Gm F#
Dirimu menyalahkan sebuah erti
E B Gm F#
Tapi diriku masih terhenti di sini
E B Gm F#
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
E B Gm F#
Namun diriku masih terhenti di sini

G#m F# B
Andai kau dapat memahami
G#m F# B
Bahawa ku menangung semua ini
G#m F# B
Bukan niatku ingin kau pergi
G#m F# B
kerna ku masih terhenti di sini

E B Gm F#
Dirimu menyalahkan sebuah erti
E B Gm F#
Tapi diriku masih terhenti di sini
E B Gm F#
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
E B Gm F#
Namun diriku masih terhenti di sini

G#m F# B
Tiada daya untuk ku lakukannya
G#m F# B
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
G#m F# B
Tiada daya untuk ku lakukannya
G#m F# B
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

E B Gm F#
Dirimu menyalahkan sebuah erti
E B Gm F#
Tapi diriku masih terhenti di sini
E B Gm F#
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
E B Gm F#
Namun diriku masih terhenti di sini



G#m F# B
Tiada daya untuk ku lakukannya
G#m F# B
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
G#m F# B
Tiada daya untuk ku lakukannya
G#m F# B
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

En AL : Oh Nora Elena...huhuuhuh

Read more...

Manchester Day - 19th Title and FA Cup

Manchester United vs Manchester City..
Mana satu nak celebrate nie ?? Kecoh kot kawasan Manchester hari nie. Manchester United merayakan kemenangan atas kejuaraan Barclay Premier League and satu lagi team Manchester iaitu Manchester City sebagai Juara Piala FA. 

Which one is better???

Manchester United

Manchester United telah melepasi rekod kejuaran yang ke 19 sebelum ini dipegang oleh pasukan Liverpool dalam pasukan paling berjaya di England, kira macam kat Malaysia nie,rekod yang pasukan Selangor pegang la. Juara  Piala Malaysia terbanyak. Hebat kan??. 
Kenal Ryan Giggs?? Kalau minat bola mseti kenalkan. Dia ni je dah 12 kali pegang cup as Champions of Barclay Premier League. True legend kan dia nie.ish3x...:)


Manchester City

Manakala pasukan jiran sekampung iaitu Manchester City plak , sedih gler..Baru 1st time kot rasa jadi juara selepas 28 tahun as juara FA Cup. Kalahkan jiran kampung masa semi final dan seterusnya kalahkan Stoke City 1-0 @ final. power kan?? Thanks kepada gol dari Yaya Toure. Terima kasih juga kat Jutawan Arab kerana telah memberi suntikan wang kepada pasukan City nie sehingga menjadi antara pencabar kejuaraan liga.huhuh..

BTW. Congratulation Both Manchester.

Top of the PERCH :)
-Champ19on -

En AL : Bring on Barcelona..yeah3x..

Read more...

Terhenti Disini - Asfan best.......

Assalamualaikum...
Entry kali nie nak jiwang sikit leh tak ?...huhuhu..Kali ini nak criter pasal lagu Terhenti Disini nyanyian oleh Asfan.Nak dijadikan cerita, En AL sudah feeling la walaupun takde awek ek..(awek2 single sila berkenalan ngan En AL ek).hohhohooh...Lagu nie dgr time tgk citer Akasia Nora Elena yang pelakon dia tu Siti Saleha...Siti Saleha ni wow...uhhuuhh


Sape Asfan??
Nor Rasfan Shah b. Shaah Rudin atau lebih akrab disapa sebagai Asfan, merupakan percaturan terbaru Alibi Music. Punya pengaruh muzik daripada David Cook, Adam Lambert, Dave Hollister. Bakal muncul dengan single ciptaan Aryan sani (Kalysa) berjudul ”Terhenti Disini”…sos

Tak banyak info yang diporelehi, ape yang En AL jumpa...dia adalah seorang bakal penyanyi yang baru hendak kuar album. Lagu Terhenti DiSini juga pernah dijadikan OST Lagenda Budak Setan tp macam tak famous je...:)





Jom download sini MP3: Terhenti Di sini - Asfan


Lirik :
Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami

Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya

Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti

Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya

Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta 

jiwang ka??hoohohh

En AL : jiwangg kan...:P

Read more...

Manchester Day - 19th Title and FA Cup

Manchester United vs Manchester City..
Mana satu nak celebrate nie ?? Kecoh kot kawasan Manchester hari nie. Manchester United merayakan kemenangan atas kejuaraan Barclay Premier League and satu lagi team Manchester iaitu Manchester City sebagai Juara Piala FA. 

Which one is better???

Manchester United

Manchester United telah melepasi rekod kejuaran yang ke 19 sebelum ini dipegang oleh pasukan Liverpool dalam pasukan paling berjaya di England, kira macam kat Malaysia nie,rekod yang pasukan Selangor pegang la. Juara  Piala Malaysia terbanyak. Hebat kan??. 
Kenal Ryan Giggs?? Kalau minat bola mseti kenalkan. Dia ni je dah 12 kali pegang cup as Champions of Barclay Premier League. True legend kan dia nie.ish3x...:)


Manchester City

Manakala pasukan jiran sekampung iaitu Manchester City plak , sedih gler..Baru 1st time kot rasa jadi juara selepas 28 tahun as juara FA Cup. Kalahkan jiran kampung masa semi final dan seterusnya kalahkan Stoke City 1-0 @ final. power kan?? Thanks kepada gol dari Yaya Toure. Terima kasih juga kat Jutawan Arab kerana telah memberi suntikan wang kepada pasukan City nie sehingga menjadi antara pencabar kejuaraan liga.huhuh..

BTW. Congratulation Both Manchester.

Top of the PERCH :)

En AL : Bring on Barcelona..yeah3x..


Read more...

Suhu panas dijangka berakhir minggu depan

Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong. 

Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.

Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9ËšC), Alor Setar (37.5ËšC), Lubuk Merbau (37.0ËšC), Melaka (38.0ËšC), Batu dan Kuala Krai (38.0ËšC)," katanya.

Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.
Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya. 

Ramai beli penghawa dingin
Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, produk penghawa dingin menjadi pilihan ketika susu panas ini.
Penolong Pengurus Courts Mammoth cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli penghawa dingin.
"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya, tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya. 

Syarikat Sen Heng cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu yang lepas.
"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 buah. Semalam sahaja empat ke lima buah penghawa dingin terjual. Sebelum ini tidak macam ini, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab.

- Bernama

source : MalaysiaKini

Read more...

EPL Team of the Year 2011. Are you agree ?

Wow.......hehehe...
 Picture : Footy Room

Setiap hari memang En AL akan masuk at least sekali website2 yang berkisar tentang bola sepak / soccer / football. Kira dah macam makanan la bagi En AL . Makan Bola, Tido Bola, Minum Tesco Cola je...huhuhu.

Terbaca kat satu website berkenaaan EPL Team of The Year. As per picture above,  
Are you agree ??

Statistic/ Fact :
4  Player Manchester United
3 Player Arsenal 
2  Player ManchesterCity
1 Player Chelsea
1 Player  Spurs

Based on statistic kat atas, 
Manchester United akan jadi juara la nampaknyer untuk EPL tahun nie and my ramalan BIG 4 also macam statistik..Gembira sunnguh En AL dengan ramaln En AL...:)

Others Player of the Year :

Championship: Kenny (QPR), Naughton (Leicester), Harte (Reading), Williams (Swansea), Morgan (Nottm Forest), Taarabt (QPR), Sinclair (Swansea), King (Leicester), Hoolahan (Norwich), Graham (Watford), Holt (Norwich).

League One: Davis (Southampton), Calderon (Brighton), Harding (Southampton), Greer (Brighton), Fonte (Southampton), Pilkington (Huddersfield), Bennett (Brighton), Lallana (Southampton), Oxlade-Chamberlain (Southampton), Mackail-Smith (Peterborough), Wright-Phillips (Charlton).

League Two: Lee (Chesterfield), Batt (Oxford), Skarz (Bury), Sharps (Shrewsbury), Branston (Torquay), Whitaker (Chesterfield), Ainsworth (Wycombe), Ryan (Accrington), Lowe (Bury), Law (Rotherham), Davies (Chesterfield).

En AL : Not totally agree .Where's Leigthon Baines, Charlie Adam, Luka Modric and Ashley Young ??
Read more...

Share Bank Rakyat : Saya Mesti Pilih

Salam....
Kali ini nak buat entry tentang share Bank Rakyat yang baru sahaja En AL beli (actually tak confirm dapat lagi la share tu). Selama ini En AL hanya pernah dengar di media2 yang Bank Rakyat ni adalah bank paling tinggi bagi faedah/dividen kat Malaysia.Tak sangka pula En berpeluang utuk beli share dia walaupun tak banyak. Selama ni haya simpan kat ASB je...tak banyak pun simpan kat situ.Macam mana nak banyaknyer..dapat gaji je habis...aduhai...hohohoho...

Sebenarnya En AL baru je tahu yang Bank Rakyat ade bukak share dia dalam lebih kurang RM 1 billion dari bos En AL yang baik hati iaitu En Shahrul. Itupun masa makan tengah hari dgn dia. Dia citer la yang bini dia pegi Bank Rakyat utuk beli share. En AL ni pun bukannyer baca sangat berita2 kat surat khabar ler...sebab itu tak tahu...:P
Terima Kasih En Shahrul atas perkongsian maklumat...huhuhuh

So, pada tanggal Isnin lepas, En AL pun bersiap2 la untuk ke Bank Rakyat.  Kebetulan En AL cuti hari Isnin tu. Ingat nak lepak2 kat umah tapi alang2 dah bercuti tu trus je la pegi Bank Rakyat. Sampai2 je Bank Rakyat around 11.20 am, tengok orang dah ramai serbu kaunter Bank Rakyat. Dalam hati En AL dah tak senang duduk, tengok orang reramai camnie. Lalu En AL pun pegi la amik borang untuk isi form. Since En AL, tak pernah ada account ngan Bank  Rakyat, jadi kenala bukak account ngan Bank Rakyat dulu. Banyak plak borang nak kena isi.huhuuhu....

 Borang siap berisi  + kena ade photocopy IC


 No Giliran En AL

Dah habis isi borang, pegila En AL amik nombor giliran plak.Ciss, no En AL 1104..ade lagi 50 orang di depan En AL tapi tak pelah...nak kaya pnyer pasal, En AL pun tunggulah turn En AL. Hehehe..Setelah menunggu hamper 1 jam  baru la no En AL dipanggil..Lega hati ni coz nombor dipanggil. Urusan kat kaunter sangat mudah, bagi je borang...tggu akak bank tu buat keje dia, tak sampai 15 minit dah siap. Sesuailah dengan slogan dia “Saya Mesti Pilih” (ade kena mengena ke??).)

Fyi -sorang boleh labur RM500.00 je....kalau nak lebih kena dapat kebenaran HQ Bank Rakyat dulu .

 Manusia yang ramai di Bank Rakyat

 Kete En AL kena saman parking.chittt..



En AL : Jom kekawan melabur....sementara stok masih ada...

Read more...

Malaysia Book of Record RM 2.80 - ish3x...

Copy dari Aduka Taruna .
En AL terbaca dekat facebook berkenaan harga minyak yang telah mencatat Malaysia Book Of Record iaitu palig mahal dala sejarah Malaysia. Sila baca dan logik juga ulasan dari blogger nie...:)
Sharing is Caring...

Start :

Malam nie aku tengok banyak sumpah seranah terpacul... Aku belum dengar lagi, tapi baru tengok sebab sumpah seranah tu terpacul di mana-mana dalam FB dan dalam twitter dan tak kurang juga di blog.

Aku pun nak ambik bahagian untuk melontar pendapat yang serba ringkas. Ringkas sebab dalam blogosfera, facebookara dan twitterjaya, ramai yang bagi pendapat negetif terhadap kerajaan Malaysia atas tindakan jahat serupa ini. Komen aku juga sudah tentu bersifat negetif terhadap kerajaan dan positif terhadap nasib rakyat.

Seperti yang pernah aku nyatakan dalam entry-entry berkenaan RON95 dan RON97, kesimpulan yang aku tekankan ialah - Inilah hasrat kerajaan Malaysia sejak perkenal RON95! Melambungkan harga minyak milik rakyat yg sebenar - RON97!!

Harga baru untuk RON97 ialah RM2.80, iaitu rekod tertinggi dalam sejarah. Harga ini melebihi rekod kerajaan Paklah ketika menaikkan harga minyak sebanyak 78sen pada tanggal 5 Jun 2008, meletakkan harga tertinggi ketika itu ialah RM2.70 per liter.

Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti!

Apa bangsat sangat ke rakyat Malaysia nie?

Sampai bila rakyat Malaysia nak berdiam diri? Sampai ada saudara mara yang terkorban dek kemalangan terbakar? Ok itu klausa lain dalam bab yang sama, refer entry terdahulu.

Oklah, moga lebih ramai yang tersedar dari lamunan, dan menyertai perjuangan kita menumbangkan kerajaan zalim yang berwajah alim! Alim taik kucing!!


EDYES @ edyesdotcom

En AL : Hari ini Pakatan Rakyat menang, Esok harga minyak turun...leh caye ke??? kah3x....:P
Read more...

Facebook Photo Zoom

Facebook Photo Zoom ??Apa tu ek...Meh En AL terangkan ape itu Facebook Photo Zoom. Maksud dia lebih kurang ialah kita tak payah dah nak click kat gambar juga nak tgk gambar kat facebook just pegang mouse and then pegi ke gambar yang kita nak tengak tu je..Senang kan?? Jimat masa kita...hehehhe.

Contoh macam kat bawah :


Macam mana nak buat???Caranya ialah korang just tambahkan je "add-onn" kan kt browser korang..Since En AL guna Firefox, cara cari dia pegi macam ni je

Buka Firefox--> Tools --> Addon ---> Find Facebook Photo Zoom ---> Install ---> Restart Firefox---> Bukak Facebook --> Enjoy :)

Kalau pakai Chrome camner plak??? Tak fahmalah ??Aduss korang ni...hehehhe..smua ada jawapan dia jangan takut...:P.
Nak lebih faham pegi kat website abang nie ...Abang Juju yang handsome lagi kacak dan baik hati...En AL pn blaja ngan dia je (En AL lagi la tak pandai dari korang la). Kat sana siap Abang Juju ajar cara nak guna Facebook Theatre Killer lagi.
TQ Abang Juju.

En AL : Mula2 tengok kat  kawan En AL punyer facebooklah yg ade Facebook Photo Zoom nie...Terus terikut.TQ pianggg..:)
Read more...

Logo Olimpik 2012. Betul ke??

copy from isuhangat.net tanpa sedikit pun pegubahsuaian

Iran Protes Logo Olimpik 2012 Rasis

Isu hangat Logo Olimpik 2012 London, apabila Iran memprotes logo tersebut yang dikatakan berbau rasis kerana mempunyai perkataan seakan-akan perkataan ZION.
Photobucket
2=Z 0=O 1=I 2=N

Gambar untuk lebih jelas,
Photobucket
Apa pula maksud ZION? ZION boleh disamakan dengan pengganas ZIONIS.
Lihat maksud ZION dari terjemahan Advance Version , sumber di sini
Photobucket
Iran kemungkinan akan memboikot acara sukan terbesar itu menurut surat yang mereka hantar kepada IOC (International Olympic Comittee). Dalam surat tersebut juga seakan Iran mendesak negara-negara Islam yang lain mengambil tindakan yang serupa.
Namun begitu Presiden IOC, Jacques Rogge menafikan tuduhan Iran bahawa logo Olimpik London 2012 “rasis”. Rogge mengatakan kepada BBC Sport: “Tidak, ini bukan hal serius. Kami akan menjawab dengan senyap, dan menjelaskan bahawa logo ini tidak ada kaitan dengan rasisme atau politik.”
Rogge juga menambah bahawa logo tersebut telah dilancarkan pada tahun 2007 tetapi mengapa sekarang baru ditimbulkan isu tersebut.
Surat dari Iran kepada Rogge berbunyi:
“Tidak diragukan ada satu sikap lalai dalam masalah ini dari pihak anda akan memberi kesan beberapa negara akan menarik diri, terutama Iran.”
Iran berjaya menggondol satu pingat emas dan satu gangsa pada Sukan Olimpik di Beijing tahun 2008. Pingat emas Iran adalah dari olahraga Taekwando kelas 80Kg menerusi atlit Hadi Saei. Sementara pingat gangsa diraih oleh Seyedmorad Mohammadi dari gusti kelas 60kg.
Selain dari logo Olimpik yang menjadi isu hangat tersebut, maskot Olympic 2012 London ini juga menjadi isu.
Maskot yang bernama Wenlock tersebut bermata satu seperti Dajal.
Photobucket
Di hujung kepalanya juga terdapat bentuk piramid yang sangat mirip dengan logo Freemason.
Photobucket
Ini logo freemason..


Photobucket
Read more...

Aduan Pengguna : PPIM sangat bagus..

Ape itu PPIM ??  Mesti ramai tak tahu kan...meh En AL citer...PPIM adalah singkatan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Sebuah badan NGO yang memperjuangkan nasib pengguna2 di Malaysia. Alhamdulillah...ade gak orang nak membela nasib kita sebagai pengguna terutamanya berkaitan dengan isu Islam. Sebagai contoh, pertubuhan ini giat membanteras dan berkerjasama dgn pihak JAKIM untuk memastikan isu HALAL tidak dimainkan peniaga...Tahniah PPIM.
Siapa dibelakang PPIM? Yang biasa keluar di media massa adalah Dato’ Dr. Ma’amor B Osman.Agak outspoken jugak dia ni as memang sesuai sebagai peranan dia sebagai Setiausaha Agung Persatuan merangkap jurucakap persatuan itu.


 Dato’ Dr. Ma’amor B Osman

PPIM Info:
Address :70x JALAN KERAMAT HUJUNG, BUKIT KERAMAT,54000 KUALA LUMPUR
email : muslimconsumers@gmail.com 
phone :03-42577222/42566618/0193591000/0192384000


Apsal harini bincang pasal PPIM ek??hehhehe....Actually En AL baru je complaint kat dia orang tentang harga makanan dan minuman untuk kedai "mamak" yang macam tak ikut standard kerajaan. Giler kentang tak En AL main report2 macam bdk sekolah kan....:P
kah3x..
Criter bermula : Di suatu petang yang indah, En AL berjalan di The Curve bersama kawan2 bujang En AL. jalan punyer jalan....alamak dah pukul 8 malam la..ade match besar nie...manchester United vs Manchester City ...nak balik umah takut tak sempat.So, we'll decide utk tgk match tu kat kedai mamak berdekatan. Tengokla kami kat kedai mamak itu...Tgh dok tgk game tu tetiba bill pn sampai. Alangkah terperanjatnya kami, harga minuman tak munasabah (minum air je pastu duk lelama lak tgk bola). Oleh kerana dah minum dan tengok bola, En AL pn bayar je la...:P
Nasib baik Man Utd menang malam tu , kalau tak mahu aku baling gelas aku minum kat mamak tu...hehehehe...:)
Esoknyer plak rasa tak puas hati masuh ada dalam hatiku ini. So, En AL decide utk email ke pihak PPIM. Slumbernya En AL email dengan takde mukadimah main hentam je email tu. Ingat tak berjawab, rupanyer berjawaab..Baguslah..Sbb ni la entry ini dibuat..kah3x...

Btw, mesti korang anggap En AL kedekut kan..pasal isu kecil je...lantak korang lah...:P

Email En AL ke PPIM dan Jawapan balas PPIM



En AL: Apsal mamak banyak kt KL ek?? hehehe






Read more...

Hannah Tan Kiss En AL wei....

Terperanjat kan.....
Biar benar Hannah Tan tu kiss kan En AL? Hannah Tan kenal ke En AL? Bercinta ke dia orang ?? Buang tabiat ke ? En AL tu sapa? Kaya ke? Handsome ke??....perggh, banyak betul soalan nak dijawab ni...penat ni kalau nak jawab satu2...Hohohooh...:P

En AL cakap betul la yang Hannah Tan tu ada kiss kat En AL...kat depan orang ramai pulak tu..Malu saya (walaupun bangga)..hehehhe.Mesti korang cakap mana buktinya tak? Tunjukkanlah kalau ada.....sabar2x...Kejap lagi akan disertakan bukti tau .Jeng3x....

Kenal ke ngan Hannah Tan (HT) korang nie? En AL pn tak brapa kenal..hehehehe. Hanya kenal melalui ruangan gossip dan dr sorang kawan En AL yang kemaruk kot ngan HT.HT ni seorang pelakon, pengacara dan penyanyi yang sangat lah sexy dan hotchick la kata orang..Pernah jadi cover gir magazine lFHM...hehehe...Tahu tak FHM tu ape??  kalau tak tahu, pegi google kejap..Sure lepas ni ngat terus dalam kepala otak apa itu FHM..hehehe.

Actually, HT kiss kat En AL(bkn En AL kiss kat dia). En AL sajeje kacau kawan En AL kat facebook. Dia ni setiap hari akan letak wall message kt page HT .Lalu En AL sajeje usik kawan En AL tu kat facebook..ngan comment yang mengarut la..ape lagi.....Top Top, bangun pagi esoknya, HT siap jawab comment yang En AL dgn kawan En AL tu kat wall dia..siap Mwah lagi...ngeh3x..Ituje la ceritanya..."Mwah tu la kissnyer"...Sekian.
Kalau nak kiss / tengok page HT yang cantik,sexy and seksa kat sini.

Bukti HT kiss En AL...ikutilah catatan saya...hohohooh...:)



En AL : Melakukan maksiat amatlah berdosa besar. Renung2 kan dan Selamat Beramal..
Read more...

First Lady yaww.....Datin Seri Rosmah Mansur

 Hi....sudah lebih 2 minggu kot tak update blog...dah nak bersarang dah blog nie...hahhaha...kali ni just nak citer masalah politik negara tp bukan pasal pilihanraya kecil Tenang atau Merlimau yer ....just perihal "First Lady" Malaysia....

 Phewitttt

 Lebih berkuasa dari Menteri Kabinet ??? En AL pn tak berani nak cakap coz tak brapa faham tentang portfolio kerja masing2...just pandangan peribadi sahaja yer..(kang kena tahan ISA plak).  

Satu contoh :Program PERMATA, tahu kan pasal program nie??  Utk kanak2 and  pelajar pintar... masalahnyer, apsal plak menteri pelajaran tak ulas langsung, asyik2 yang ulas "first lady" je .Siap masuk tv semua..hohohoh....Tak dinafikan program ni amat bagus tapi janganla sampai macam tu sekali.. Beri ruang kepada menteri pelajaran untuk turut ulas pasal program tu.Ni Asyik "first lady je"..Apa kes??

Masalah lain kat  "first lady" ni plak sesuka hati je nak ke luar negara. Baru2 ni beliau telah ke 3 buah negara Bangladesh, Oman dan Arab Saudi . Ke luar negara memanglah bagus tapi atas kapasiti ape? En AL pun tak pernah sampai Bangladesh tau...huuhuhu...Nak tahu jom baca ulasan berkenan lawatan tu oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Sangatlah lawak..... "first lady" pn ade hak tau.

Kenyataan penuh

Lawatan Rosmah ikut peraturan – Rais

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.
“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Rais juga berkata, terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.
Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata, Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
“Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara,” katanya.
Rais berkata, adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.
“Kita perlu terangkan jika tidak akan ada yang beranggapan ini dibuat sesuka hati,” katanya.
Beliau berkata, secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara. – Bernama
source: utusan

Actually, byk issue "first lady" nie mcm issue bawa artis la, siaran melebih2 kt media tp En AL ulas dua yang kat atas je la yer..

Datuk Seri Najib Tun Razak tolonglah nasihatkan isteri tercinta nie.Jgnla involve sangat dalam  politik.Just jadi je macam Datin Seri Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir. Barulah peranan "first lady" tu nampak.....Menjadi pendokong kepada suami . Ini takk...Si suami pening dok diajak Anwar Ibrahim utk berdebat, dia plak tak de kt sisi suami dia...ish3x...

En AL: Datuk Seri Najib tunggu bini dia balik luar negara baru boleh berdebat, jadi Datuk Seri Anwar sila bersabar yer...:)




Read more...

Nak duit tak?? En AL bagi 1 Trillion kata Jutawan kan...:P

Duit Duit Duit...dimanakah ko duit...???
Sapa tahu mana tempat senang cari duit ek ...Tak pernah cukup la duit nie kan kan kan....hohooh..
Time dapat gaji je, rasa macam orang kaya skejap ..hahahha ..Mula2 niat nak simpan sebahagian dari duit gaji tu tp  pastu korek sikit2 dan habisla duit tu....Last2x, duduk la melopong nak tunggu hujung bulan balik...Padan muka  ye tak..hahhaha....:P

p/s : situasi di atas adalah normal bagi pekerja2x yang makan gaji + tak de claim langsung...makan basic je..( ini bukan En AL tau).hahahha..

Pernah tgk tak rupa 1 Trillion Dollar. Cuba korang bayangkan macam mana rupenyer. 
Boleh tak bayangkan macam mana bentuk nyer ni??? Fikirlah sekejap...:P
Kalau tak leh gak, jom layan entry dari kt sini. 
Credit to blogserius.

Ini rupa 100 dollar



Ini pula 10 000.




Ini pula 1 juta. Tak banyak bukan? Boleh diisi kedalam beg galas pergi sekolah




100 Juta......




1 Billion



dan ini....... 1 TRILLION. dayyum!



En AL : Dapat RM 1 millions je  dah cukup kan...tak yah dolllar2 ni...amin...ehheheh
Read more...