Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3Days 2Night : SABAH BAH

Hey All, lama sey tak update blog sini..hehehee....malas giler nak update, mcm mana la kan...huhuuh...
Maaf dari En AL. Kali ini nak story pasal En AL punya short trip ke Sabah yawww...

Actually trip ni dirancang dah lama bersama bebudak rumah sewa En AL. Itu pn masa dirancang masa Air Asia adekan promosi "RM 0.00 untuk terbang". En AL la mastermind dia. Nak harap kat bebudak ni, asyik plan je tp tak pernah nak menjadi. Heehehhehe....So, lepas berbincang dengan dia orang akhirnya kami berjaya untuk booking flight ke Sabah.Yehhhhhh..

Brape harga tiket ? Murah je, disebabkan promo Air Asia ni dan we'all terpaksa tunggu almost setahun before this trip.
Total cost utk 4 orang lebih kurang RM600 include semua tax plus dgn tiket skybus pergi balik dr kl sentral.... Ok kan ? Just sorang dlm RM150 je.

Nak dijadikancriter, kita org booking flight ni pada 3 May  hingga 5 May 2013. Nak dijadikan criter, Suruhunjaya Pilihan Raya(SPR) pegi umumkan pulak, tarikh pilihan raya adalah 5 May 2013. Chittt, macam takde tarikh lain plak. Kacau betul holiday kita org. Mana lebih penting trip holiday @ pilihanraya ek? So, nmpk gaya plan kita orng akan berkubur ni. So sad...:(. 

But we're lucky coz En AL dapat email dari Air Asia untuk mengubah jadual flight En AL dari tarikh 5 May ke tarikh lain. Fuhhhh...nasib. Dalam email Air Asia tu ade inform hendak ubah tarikh ke nak refund. After some discussion with kawan2, we'all decide untuk percepatkan trip ini ke 26 April 2013 hingga 28 April 2013.hehehe....BTW, ini adalah part of Air Asia plan nak collect duit lebih coz nnt mesti ramai beli tiket dia dengan harga tanpa promo coz balik ngundi di Sabah. Bijak sungguh  Tony Fernandes and awek cun CEO baru Air Asia tu ek...hehehehe. 

let's the story begin.....

Day 1
En AL bangun jam 5.30 pagi, siap2 kan diri coz nak gerak naik Komuter jam 6 pagi. En AL naik komuter pkul 6.20 pagi, smpi ke KL Sentral jam 7.10 pagi, then tukar plak naik bas dari KL Sentral pegi ke LCCT and sampai  LCCT dlm pkul 8.15 mcm tu. Alhamdulillah bcoz dah smapai awal, dapat la En AL breakfast. Kita orang makan kat Marrybrown and tepat jam 8.45 pagi camtu kita org terus masuk kat tempat menunggu sblm naik flight coz En AL dah check in awal sblm masuk lagi, so takde masalah sgt. So, naik la flight, pada pkul 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa dlm  2 jam 30 minit dan sampai kat KK airport dalam pkul 12.00 tgh hari. Since, En AL dah booking kereta sewa sblm pergi sana, so kita org amik kete sewa dkt owner dia di airport, start dr airport, kita org bergerak secara sendiri tanpa bantuan sesape..hehehhe. Dalam Malaysia je, so sbb tu tak brape nak takut. Akak kete sewa tu punya la trust kat kita org coz lepas jumpa je En AL, akak tu terus je bagi kunci kete and En AL bagi duit sewa tanpa memninta salinan ic/lesen. Kalaulah En AL jahat, mmg dah hilang dah kereta dia...ehehehhe

Mula2, En AL cari hotel dulu coz hotel kita org tak tempah, kita org decide nak walk in je, So berjalan la kita org di sekitar Kota Kinabalu ccari hotel2 bajet. Kita org prefer hotel yang de sticker Trip Advisor coz lebih boleh dipercayai. cari punya cari dapatlah satu hotel. Tak mahal pun.kata destinasi bajet.heheheh

Hotel Ang. Quite good gak la hotel ni, 1 katil queen 1 katil standard, televisyen got astro channel, aircond, ade wifi semua, no breakfast : rates below rm100. Ok la kan ... Dah byr duit hotel, rest sekejap pastu pegi cari lunch plak. hehehe. Kita org makan dkt KFC je, mana2 pn ade KFC. hahahhaha. Lepas makan kita org pegi pusing bandar KK and then sebelah petang kami pergi menikmati matahari terbenam di Pantai Tg Aru.
Ooo...cantikkkkk. heheheh. 

Sebelah malam, kami start dkt makan seafood dkt dgn Pasar Filipina. Ikan dkt sana murah2 kalau mentah, tp bila suh masak mmg agak sikit mahal tetapi still lagi murah dari harga di Semenanjung. So sblm makan we'all telah usha kat lain2 blog, hasil dari maklumat yang dikumpulkan coz makan below rm50. huuhhu.. So, pilihla kita org ikan, udang,sotong dengan rakussnya. heeheheh...kalau udang harimau tu, 100 grm dalam RM10, ikan sikap seekor dalam Rm 14 ~ 20. So, pilih pilih punye pilih coz makan kita org adalah RM130.00. After makan, kita org pusing2 pasar filipina tu dulu, Survey harga barang coz pasar Filipina terkenal dengan juallan mutiara.Survey je dulu, beli nya esok.hehhehehe. After tht dalam pukul 11.30 malam pastu, kita org balik hotel untuk rest coz esok nak bangun awal, nak pegi Kundasang....

Day 2,to be continue....

1 comments:

pingcall said...

Account hacked issue in Binance
Binance is most trusted online trading platform when it comes to security. But users are still circumspect of the hackers. Are you also facing account hacked issue in Binance? Such an issue isn't very alarming and can be tackled in a short span of time. The highly professional executive at Binance solves all your queries carefully and provides users with precise answers. Dial Binance Not Able to Login 800-665-6722 and enjoy seamless services. https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/

Post a Comment

HANYA PANDANGAN PERIBADI PENULIS.
SUDAH BACA?? COMMENT LA SIKIT.
COMMENT ANDA AMATLAH DIHARGAI.TQ.