Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kebaikan Solat..

Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA
Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.
FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA
Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah
FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA
Rukuk
FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan perbuatan ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.POSISI KEEMPAT
Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk
FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa perbuatan rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat semula kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA
Sujud
FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan perasaan ego dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM
Duduk di antara dua sujud
FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH
Sujud kedua
FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN
Bangun semula dari sujud
FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

kredit to : isuhangat

En AL : Tq Allah. Moga say dapat melaksanakan dengan sempurna.
Read more...

Oh..Sebastian Vettel...Awesome !!!

Hohoohoh...jarang aku guna perkataan Awesome nie..hahahha...melainkan orang yang betul2 layak mendapatnya. Salah seorang yang layak adalah Sebastian Vettel..Siapa plak Vettel nie??

Dari pandangan mata En AL..
Sebastian Vettel (SV) the very2 awesome Formula One driver since Micheal Schumacher (MS) bersara dari dunia F1 walaupun tahun nie MS dah join balik race. MS sedikit kurang menyerlah with the new team Mercedez-Petronas. Very2 sad from En AL to MS. Vettel ni dh lama dianggap sebagai the next Schumacher cause of his nationallity and bakat. That's why, he also known as "baby Schumi".hehehe..

 FYI, Vettel nie baru je menjadi juara termuda formula one setelah berjaya menduduki tempat pertama dalam last race kat Abu Dhabi, UAE. Thanks atas kesilapan dari teammate dia Mark Webber and World Champion 2x,Fernando Alonso.
Story pasal race semalam kat sini : Abu Dhabi

Top 3 Standing :
1) Sebastian Vettel (Ger)Red Bull 256
2) Fernando Alonso (Spain) Ferarri  252
3) Mark Weber(Aus) Red Bull 242

En AL : Vettel masuk LOTUS Racing la next year...Plzzz...hahahah ..:P

Read more...

Farid Kamil buat kesalahan besar dalam " Cuti Cuti Cinta"...:P

En AL baru sahaja tengak movie nie after dapat ticket free dari kawan En AL (ade ticket free baru nak tengok ek) hehhehe. En AL tengak citer ni kat midValley @ 7.30 PM. Ramai bdk2 pmpouan dlm wayang semalam. Ketawa bagai nak rak. bagi aku lawak biasa2 je...:)

Cuti Cuti Cinta Comment :
Macam biasalah cerita2 arahan En Ahmad Idham, ia adalah berkonsepkan ringan. Movie bermula dengan si Nora danish telah pegi ke satu pusat peranginan Morib utk melarikan diri dari tunang dia yang bermasalah. Kat sana dia terjumpa lah En Farid Kamil yang berkerja sebagai pencacai hotel. Farid Kamil ni lah yang melayan karenah Nora Danish sehinggalah terbit cinta. Huh, dah boleh agak kan cerita Melayu nie based on title je...:P

Dalam temph Farid Kamil nie melayan Nora Danish, mcm2 la lawak ringan + sex...hehehhe
Contoh : Scene nasi lemak 50 sen, nora danish tgk bontot farid kamil, watak cat farish ala2 pondan..hehhe
Kesimpulan : 3.5 /5 star.

P/S : Kecantikan Nora Danish terserlah and Farid Kamil buat silap dalam citer tu ?? Apa silap dia...jeng3x...

Ade ke patut dia kata Nasi lemak Nora Danis 50 sen...bkn la..itu Nasi lemak Sambal sotong + sambal Ayam..hahahha. Fikir2 kan, Selamat Beramal.

En AL : Nak makan nasi lemak..:P
Read more...